Isnin, 5 Januari 2009

TAHUN BARU

Salam. Minggu ni merupakan minggu kedua dalam semester ni. Budak-budak semua dah masuk balik untuk meneruskan pengajian. So, minggu ni sampai bulan april nanti bermulalah rutin aku seperti biasa, masuk kelas mengajar sampai habis exam. Semester ni nampak kelam kabut sikit coz banyak sangat aktiviti yang nak di buat. Dengan OBEnya, ijazah barunya dan sebagainya. Sampai sekarang report aku untuk confirm tu masih tertangguh dua chapter yang akhir. At last, aku kena minta bantuan hafeez untuk mengedit. Nasib baik dia mau, kalau tidak susah jugak aku di buatnya. So, minggu depan kemungkinan besar aku akan menerima kehadiran cahayahati yang baru. Anak ketiga aku dijangka akan lahir pada 9 atau 12 haribulan ni. Berkebetulan pada tarikh tersebut aku kena pergi ke shah alam untuk IID. Berat hari nak p, tapi tengoklah keadaan macam mana. Kalau wife aku masih ok, maka pergilah aku. kalau tak ok, alamatnya terlepaslah satu peristiwa yang agak penting dalam kerjaya aku. Selalunya, macam tu lah rentetan peristiwa dalam hidup aku yang Allah tentukan. Mesti berlaku dua peristiwa penting serentak. So, aku kena buat pilihan yang terbaik.