Rabu, 15 Disember 2010

Ladang gaharu di Yala

Salam. Ladang gaharu di Yala. Hampir 50,000 pokok ditanam disini. Ada yang telah di inokulasi dan ada yang belum. Enjoy the video bagi peminat gaharu.

TRIP TO YALA


Salam. Pada 10 haribulan disember yang lalu, satu trip telah di atur untuk melihat perladangan gaharu di sebuah kampung di dalam negeri Yala, Thailand. Kami berempat bertolak menaiki kereta ke pekan Danok iaitu sempadan Malaysia-Thailand seawal jam 5 pagi. Singgah solat subuh di pekan Changloon dan tepat jam 7 pagi waktu Malaysia sampai di Danok. Jam 8.30 pagi bertolak ke Yala menggunakan kereta sewa. Perjalanan selama 2 1/2 jam melalui pekan Hatyai, Yaha dan akhirnya jam 11 pagi sampai ditempat yang dituju. Perusahaan gaharu disini meliputi perladangan dan pemprosesan kayu gaharu sehingga terhasilnya minyak gaharu yang bernilai tinggi. Pokok-pokok yang ditanam disini sebanyak 50,000 pokok berusia dalam lingkungan 4 - 7 tahun. Pokok yang berusia 6 tahun ke atas semuanya telah diinokulasi dan dijangka mengeluarkan hasil selepas 2 tahun.  Trip ini memberi input yang sangat berguna dalam perladangan dan pemprosesan gaharu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Syed, En. Md Noor, Pak Su and the gang kerana sudi menerima kami sebagai tetamu dan yang pastinya ini bukan kunjungan yang terakhir ke Yala. Sampai di rumah pada jam 11 malam setelah melalui perjalanan sejauh hampir 600 km.

Rabu, 24 November 2010

Gaharu Kg. Sbrg Paya Lengkuas

Gaharu di kg. seberang paya lengkuas selepas 4 bulan.

Rabu, 3 November 2010

BANJIR





Salam. Banjir terburuk dalam sejarah kg bukit khasnya dan kedah amnya. Air naik begitu cepat. Jam 12 tghri 1 nov. 2010 masih ok tapi jalan nak masuk ke kg sudah ditenggelami air, terpaksa ikut jalan belakang. sejam kemudian air sudah masuk dlm rumah. Jam 2 petang elektrik dimatikan bagi seluruh kawasan banjir. Tepat jam 4 petang air dalam rumah setinggi 2 kaki. Jam 4.30 air naik lagi 4 inci. Jam 5.30 petang semua jalan masuk ke canglun ditutup. Jadi macam pulau. Air bertakung selama 2 hari. Hari ni 3 nov. baru surut. 2 Nov. jitra banjir. 3 Nov. alor setar pula banjir. Syulur alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Selasa, 2 November 2010

KEHADIRAN ORANG BARU




Salam. Tanggal 28 0ktober 2010 bersamaan 20 zulqaedah 1431 lahirnya orang baru cahayahati ke-4 ke dunia yang serba mencabar ini. ku panjatkan doa moga-moga Allah melimpahkan rahmat ke atas anak ini dan diberi kekuatan iman untuk menempuh hari-hari yang mendatang sebagai khalifah di muka bumi. amin ya rabbal a'lamin

Khamis, 28 Oktober 2010

GAHARU LENGKUAS



Salam. Alhamdulillah, 23/10/10 yang lalu seorang sahabat berminat dalam industri gaharu dan lawatan ke ladang gaharu lengkuas telah dilakukan.

GAHARU LENGKUAS SELEPAS 4 BULAN





Salam. Alhamdulillah selepas 4 bulan pokok gaharu terus tumbuh dengan subur di kg seberang paya lengkuas. So, dalam tempoh 5 tahun ni tumpuan hanyalah untuk kerja-kerja pembajaan dan merumput agar pokok terus subur. Bagi yang berminat untuk meluaskan bidang pelaburan, perladangan gaharu adalah pilihan yang tepat kerana ia digelar 'EMAS HITAM DARI HUTAN'.

Selasa, 12 Oktober 2010

GAHARU LAGI

Salam. Alhamdulillah, hari ni dah ada orang oder pokok gaharu 100 pokok. Dapat la RM 500. Harap-harap banyak lagi usahawan yg berminat dalam industri gaharu ni. Wassalam

Rabu, 22 September 2010

SEMBANG GAHARU LEPAS RAYA

Alhamdulillah, rasanya masih belum terlambat untuk menukilkan 'selamat hari raya, maaf zahir dan batin' kepada yang membaca blog ini. Cuti hari raya hampir 10 hari dan banyak perkara berkenaan gaharu dan walit yang disembangkan sepanjang cuti tersebut. Sejak blog ini diberi nafas baru sudah ada yang memberi perhatian berkenaan isinya iaitu gaharu dan walit. Ramai yang berminat untuk menanam pokok gaharu dan ada juga yang berminat nak membina rumah burung walit. Kepada yang bertanya berkenaan gaharu sekali lagi nak diberitahu bahawa harga SEPOKOK anak gaharu ialah RM5. (rujuk posting sebelum ini). Kalau tak mampu nak tanam seribu pokok, mulakan dengan ratusan pokok sebagai contoh 500 pokok dahulu untuk memangkinkan semangat ke arah industri gaharu. Kalau kita berminat jangan jadikan alasan 'duit tak cukup' untuk menghalang cita-cita kita ke arah industri gaharu. Akhbar berita harian 2 minggu lepas melaporkan hasrat kerajaan malaysia untuk menjadikan industri gaharu sebagai industri penyumbang kepada pendapatan negara dalam tempoh 6 tahun akan datang perlu dipandang serius oleh mereka yang berminat dengan industri ini. Masih belum terlambat untuk mereka yang berminat untuk memulakan penanaman gaharu. Kami sedia berkongsi dengan anda ilmu yang kami ada untuk merealisasikan cita-cita tersebut.

Berkenaan dengan rumah burung walit pula sudah ada yang berminat untuk membinanya. Jangan jadikan 'kos yang mahal' sebagai alasan yang menghalang anda dari memiliki sebuah rumah burung walit yang mampu menjana pendapatan anda 3 tahun dari sekarang. Kami sedia membantu anda untuk membina dan membekalkan peralatan audio rumah burung walit bagi yang berminat. Rujuk posting berkenaan revolusi pembinaan rumah burung walit dalam posting yang terdahulu. Hanya bermodalkan RM 55,000 (pinjaman sehingga RM30K disediakan oleh AGROBANK) kami bersedia merealisasikan impian anda. Usaha dan tawakkal kunci kepada segala kejayaan.

Selasa, 20 Julai 2010

REVOLUSI DALAM INDUSTRI PEMBINAAN RUMAH BURUNG WALIT

Salam. Bercakap tentang burung walit semua orang minat. Dan soalan yang acapkali ditanya berapakah kosnya? Dan sekali lagi apabila mendengar tentang kosnya yang menjangkau ratusan ribu ringgit, semua orang terkedu dan mati angan-angan untuk memiliki sebuah rumah burung walit. Itu dulu. Sekarang dengan teknologi yang semakin maju dan percambahan minda yang semakin berkembang, kami berfikir bagaimana hendak 'meringankan' bebanan orang-orang yang berminat hendak memiliki sebuah rumah burung dengan modal yang berpatutan. Alhamdulillah, pada hari ini kami ingin mengumumkan bahawa semua orang khususnya bumiputera melayu yang berminat dalam industri ini boleh memiliki rumah burung dengan pelaburan seminima RM 55,000.00 ringgit. Dan sekali lagi alhamdulillah, AGROBANK atau dulunya bank pertanian menyediakan pinjaman sehingga RM 30,000.00 ringgit bagi mereka yang berhasrat memiliki rumah burung. Nah, tunggu apa lagi dengan peluang yang terhidang didepan mata, milikilah rumah burung walit anda sendiri yang berpotensi menjana ribuan ringgit sebulan tanpa perlu lagi mengeluarkan modal untuk jangka panjang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelaburan yang menguntungkan ini, sila email kepada saya di alamat msofian78@yahoo.com atau tinggalkan mesej di bahagian komen catatan ini. Layari juga http://hjbardrumahburungwalit.blogspot.com/

Isnin, 19 Julai 2010

PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN

Salam. Nama blog pun dah berubah (Gaharu Walit) so kenalah cerita pasai gaharu ngan walit. Bila bercerita pasai gaharu ngan walit ni macam bersemangat sikit, lebih dari semangat nak buat Phd. So, sekarang kita nak cerita pasai gaharu. Gaharu ni sebenarnya sejenis resin ataupun minyak yang dikeluarkan oleh 25 jenis pokok dari 3 jenis keturunan iaitu Depu (acqualaria), Teja dan Medang. Minyak gaharu atau resin ini hanyalah dikeluarkan oleh pokok yang sakit atau 'disakiti'. So, pokok yang famous sekarang ni yang dikatakan mengeluarkan resin yang banyak adalah dari keturunan aqularia (depu). Resin ini amat bernilai tinggi di pasaran dan ia digunakan dalam proses pembuatan minyak wangi. Pak-pak dan mak-mak arab amat berminat dengan dengan resin daripada depu ini. Ada satu lagi yang paling bernilai daripada resin ini ialah ianya jika dibiarkan (mungkin sehingga 20 tahun) boleh mengeras (sepeti kematu) yang kita panggil sebagai teras. Teras ini lagilah mahal sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk SATU kilogram. So, sekarang ni projek penanaman depu semakin mendapat tempat dikalangan petani moden yang boleh menghasilkan pulangan mencecah ratusan ribu ringgit untuk setiap relong dalam tempoh 7 tahun. Apa yang nak disebut disini ialah, penanaman gaharu amat menguntungkan untuk jangka masa yang panjang (sebenarnya tidaklah terlalu panjang). Secara ringkasnya projek penanaman gaharu ini tidaklah memakan modal yang terlalu tinggi jika kita mempunyai tanah sendiri. Walaubagaimanapun jika kita tidak mempunyai tanah tetapi berminat bolehlah menghubungi kami di email ini msofian78@gmail.com untuk keterangan lanjut ataupun tinggalkan mesej pada catatan ini.

Kos penanaman gaharu

1. Anak pokok termasuk upah tanam (RM 10 / pokok)
1000 pokok serelung x RM 10 = RM 10,000.00
2. Upah jaga termasuk sulam anak pokok (RM 500 / sebulan)
RM 500 x 5 tahun x 12 bulan = RM 30,000.00
3. Kos inolkulan (RM 200 / pokok)
100 pokok selepas 4 tahun x RM 200 = RM 20,000.00
100 pokok selepas 5 tahun x RM 200 = RM 20,000.00
100 pokok untuk tahun yang seterusnya
JUMLAH RM 80,000.00


Hasil / pendapatan

1. Selepas 5 tahun 100 pokok akan dituai dengan jangkaan RM 800 / pokok
RM 800 x 100 = RM 80,000.00
2. Selepas 6 tahun 100 pokok lagi akan dituai dengan jangkaan RM 800 / pokok
RM 800 x 100 = RM 80,000.00
3. Begitulah seterusnya..........

NOTA 1: Hasil tuaian yang tahun yang pertama sebahagiannya akan digunakan untuk inokulasi pokok yang seterusnya dan tanam semula pokok yang telah dituai.

NOTA 2: selepas tahun yang ke 6, pelaburan yang dilabur dapat kembali bersama untung yang berlipat kali ganda.

NOTA 3: Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan. Tawakkal dan berdoa kepada Allah kunci kepada segala kejayaan

Edit

Salam. Hari ni try upload gambaq through picasa and link to the blog. Menakjubkan, gambar-gambar dari picasa boleh dilink secara terus ke blog dan boleh dilihat dari blog. Barulah semangat nak update blog...:)