Rabu, 15 Disember 2010

Ladang gaharu di Yala

Salam. Ladang gaharu di Yala. Hampir 50,000 pokok ditanam disini. Ada yang telah di inokulasi dan ada yang belum. Enjoy the video bagi peminat gaharu.

TRIP TO YALA


Salam. Pada 10 haribulan disember yang lalu, satu trip telah di atur untuk melihat perladangan gaharu di sebuah kampung di dalam negeri Yala, Thailand. Kami berempat bertolak menaiki kereta ke pekan Danok iaitu sempadan Malaysia-Thailand seawal jam 5 pagi. Singgah solat subuh di pekan Changloon dan tepat jam 7 pagi waktu Malaysia sampai di Danok. Jam 8.30 pagi bertolak ke Yala menggunakan kereta sewa. Perjalanan selama 2 1/2 jam melalui pekan Hatyai, Yaha dan akhirnya jam 11 pagi sampai ditempat yang dituju. Perusahaan gaharu disini meliputi perladangan dan pemprosesan kayu gaharu sehingga terhasilnya minyak gaharu yang bernilai tinggi. Pokok-pokok yang ditanam disini sebanyak 50,000 pokok berusia dalam lingkungan 4 - 7 tahun. Pokok yang berusia 6 tahun ke atas semuanya telah diinokulasi dan dijangka mengeluarkan hasil selepas 2 tahun.  Trip ini memberi input yang sangat berguna dalam perladangan dan pemprosesan gaharu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Syed, En. Md Noor, Pak Su and the gang kerana sudi menerima kami sebagai tetamu dan yang pastinya ini bukan kunjungan yang terakhir ke Yala. Sampai di rumah pada jam 11 malam setelah melalui perjalanan sejauh hampir 600 km.