Rabu, 31 Disember 2008

TAHUN BARU MASEHI

Salam. Malam ini merupakan malam terakhir 2008 dan esok bermulalah hari baru dalam tahun 2009. Tahun baru dengan azam baru. Malam ini juga berbagai-bagai pesta dianjurkan untuk menyambut tahun baru masehi. Entah apa yang mereka cari wallahuaklam. didalam keadaan saudara kita terus terusan dibedil oleh yahudi laknatullah, kita sebok bergembira untuk menyambut tahun baru nasrani 2009. Malam ini juga akan menyaksikan seribu macam maksiat di kalangan muda-mudi islam berfoya-foya, berdisko, minum-minum air setan, merempit dan sebagainya untuk menyatakan perasaan 'gembira' menyambut tahun baru nasrani 2009. Malan ini juga bkal menyaksikan anak-anak dara pecah daranya mengandungkan anak luar nikah di pesta-pesta tahun baru nasrani. Apa usaha kita untuk menangani masalah ini daripada terus berlaku. Bagi insan yang lemah ini hanya mampu menadah tangan berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang dan dijauhkan dari bala bencana. Amin ya rabbal a'lamin.

Isnin, 29 Disember 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1430

Salam. Selamat Tahun Baru hijriah 1430 kepada seluruh umat islam. Semalam sempat sent message kepada 2-3 orang kenalan sempena tahun baru hijriah. Disaat kita merayakan sambutan tahun baru hjriah, sahabat / saudara seagama kita di bumi umat islam Palestin kini diserang bertalu-talu oleh rejim ganas zionis. Kita disini hanya mampu melihat, mendengar melalui berita akan kekejaman rezim laknatullah ini tanpa mampu berbuat apapun melainkan hanya berdoa kepada Allah agar dirurunkan tentera ahzab untuk menghancurkan mereka. Mungkin ini satu penghinaan ke atas umat islam keseluruhannya, disaat negara islam lain yang pemimpinnnya islam, kaya dengan pelbagai sumber tidak mampu untukl menghulurkan bantuan hatta makanan kepada umat palestin yang serba kekurangan. Sehingga semalam lebih daripada 200 orang saudara kita syahid. Sehingga semalam juga hanya Iran dan Malaysia mengutuk serangan ke atas bumi palestin. Ke mana perginya negara arab yang lain. Bisukah mereka atau mulut mereka dikunci oleh sekutu rapat zionis iaitu amerika. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah menolong orang yang menolong agamanya. amin ya rabbal a'lamin

Sabtu, 27 Disember 2008

TAKZIAH

Takziah diatas kemangkatan DYMM yang dipertuan besar negeri sembilan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Cuma yang kurang manis jenazahnya dibiarkan terlalu lama sebelum dikebumikan iaitu lebih dari 50 jam selepas kemangkatan. 

HARI INI

Salam. Hari ni tak tau nak pi mana. Orang rumah pun dah sarat nak bersalin anak ketiga. So ingat nak keluar sekejap pi jalan-jalan ke Sungai Petani. Cari barang dapur sikit. 

CUTI

Salam. Cuti pada 25 Dec. yang lalu abang aku buat family day 'tok ton' kat sedim. Dia baru beli tanah tu untuk buat resort sambil lepak-lepak. Memang cantik sangat location tanah tu, ada sungai yang tak berapa dalam (cetek) sangat sesuai untuk anak-anak mandi. Tak la risau sangat, cuma air dia laju jugak. Kami duduk kat situ dari pagi sampai petang baru balik. Makan nasi tengahari ramai-ramai kat situ memang best gila. Hussien ngan Hasan mandi sampai terketaq-ketaq. Tupun tak mau balik lagi, habih tiga pasang baju punya seronok mandi. Sampai rumah pukul 5. Lepas solat asar pi Alor setar pulak. Ada program reunion. 

Sabtu, 20 Disember 2008

TOT (TRANING OF TRAINERS)

Salam. Bulan 12 ni merupakan bulan yang paling sibuk aku rasa. Baru habih present ICSTIE08 ari tu kena pergi kursus TOT pula kat UiTM kedah. 3 hari berkursus macam mana nak jadi fasilitator yang baik untuk program kepimpinan pelajar. Menarik juga kursus tersebut. Banyak modul yang diperkenalkan untuk didedahkan kepada peserta program nanti. Habis kursus kena balik bekerja sebab audit pensijilan semula sedang dijalankan bermula 17/12 - 24/12/08.  26/12 budak baru mula mendaftar dan kelas bermula pada 30/12/08. maka bermulalah semester baru sampai bulan april 09

Sabtu, 13 Disember 2008

ICSTIE08

Salam. Baru habis bentang paper kat ICSTIE. Ramai juga orang, tapi kurang dari 10. Dapatlah berkenalan dengan pak-pak Arab daripada Uzbekistan ngan Libya. Yang lain tu semuanya tempatan. Ada dari UTM, UPM, UiTM dan sebagainya. Tujuan conference ni pun just to get a new idea from others and see how they conduct their presentation. Dapatlah juga ilmu baru, cuma yang kurangnnya tak banyak geotechnical paper yang dihantar untuk ICSTIE ni. Mungkin kurang popular kot. Yang banyak berkenaan structure and water. Itupun daripada UiTM dan UTM. Apapun ini kali kedua aku bentang dalam conference yang sama. Yang pertama tahun 2006. Tak dak duit nak pergi conference jauh-jauh. Maybe next year kena plan betul-betul. Apapun report aku kena bagi siap dulu kalau tidak pusing kepala.

Jumaat, 12 Disember 2008

ICSTIE08

Salam. Hari ini dan esok diadakan International Conference on Science and Technology; Application in Industry and Education (ICSTIE) di UiTM Pulau Pinang. Aku hantar satu paper on performance of agrowaste material in soil stabilization. Besok pagi present. Gambar sebelah tu ialah keynote speaker 1. Prof. Frank Edwin Smith, C.Chem. FRSC (UK). Bidang dia chemistry. Pagi tadi dia membentangkan research berkenaan bahaya microwave. Gelombang yang dijanakan semasa pembakaran di dalam microwave boleh menyebabkan perubahan kepada struktur ion pada makanan atau bekas makanan tersebut. Kesimpulannya, back to nature. Kalau nak masak gunakan api bukan microwave.  


Kalender

Rabu, 10 Disember 2008

SARANG BURUNG

Salam. Sarang burung 'walid' kat kampung dah hampir siap (70% siap). Audio sistem pun dah dipasang. Petang hari raya yang lalu, diaorang dah mula test audio sistem tersebut. Banyak juga burung yang datang dan ada yang masuk ke dalam sarang yang hampir siap tu. Disebabkan tak siap lagi, maka dia pun keluar balik. Ada satu doa yang amat menarik untuk dipraktikkan. "Ya Allah, jika rezekiku dilangit turunkanlah, jika dibumi maka keluarkanlah". Rezeki di langit tu burung walid tu lah kata abang iapar aku yang buat sarang burung tu. Entahlah. Tapi uniknya ciptaan Allah ni, burung walid dan keluarga burung amnya bertugas menjaga langit pada waktu siang, masuk saja waktu maghrib, tugss tersebut akan diambil alih oleh kelawar dan kluang sampailah pagi. Maha suci tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan segala isinya.

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Salam. Selamat hari raya aidiladha ataupun hari raya korban. Syukur kepada Allah kita masih lagi sempat merayakan hari yang berbahagia ini dalam keadaan mewah dengan lembu/kambing dan unta korban hampir di semua tempat diseluruh malaysia. Paling kurang pun 1 kampung 1 binatang korban tumbang. Tahun ni 2 orang abang aku buat korban pada hari raya pertama dan kedua, emak buat pada hari raya kedua, keluarga mentua pun hari raya kedua juga. Disebabkan cuti cuma 2 hari, aku terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin untuk meraikan kedua-dua belah pihak, mak dan mentua. Seperti biasa, hari raya pertama di pondok beraya dengan mak dan makan kenduri korban abang aku manakala hari raya kedua di kampung mentua, selesaikan korban disana. Hari ni mula kerja dengan pejabat yang masih kosong kerana kebanyakan orang masih bercuti. Berkenaan dengan ibadah korban ini, selalu diceritakan ialah pengorbanan besar nabi Allah Ibrahim alaihissalam sanggup mengorbankan anaknya Ismail alaihissalam semata-mata kerana perintah Allah. Tatkala menerima mimpi (wahyu) daripada Allah memerintahkan baginda mengorbankan anaknya Ismail, maka tanpa berlengah nabi Allah Ibrahim memberitahu anaknya Ismail a.s berkenaan wahyu tersebut. Lalu nabi Allah Ismail dengan rela hati berkata kepada bapanya Ibrahim jika itulah perintah Allah, maka laksanakanlah. Itulah sejarah pengorbanan yang paling besar yang terecatat dalam sejarah manusia dan diikuti sebagai satu sunnah sehingga ke hari ini.

Isnin, 1 Disember 2008

BISNES

Dalam kesibukan menguruskan pelbagai aktiviti kampus, dapat juga aku menghadirkan diri ke seminar perniagaan yang dianjurkan oleh Hai-o Marketing Sdn. Bhd.yang diadakan di dewan muadzam shah, KUIN, Alor setar Kedah pada 29/11/08 (sabtu). Bila duduk dengan orang yang berjaya dalam perniagaan ni maka banyaklah benda baru yang kita perolehi. Antaranya ialah bagaimana mereka berjaya dan jangkamasa untuk berjaya. Kebanyakan yang hadir untuk menceritakan kejayaan mereka bersama Hai-o marketing ni hadir dengan kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit. apa yang aku dapat dalam seminar tersebut ialah, semua orang boleh berjaya dalam perniagaan asalkan semangat kita kuat dan azam kita tinggi. Ini dibuktikan oleh CDM Madon yang asalnya seorang kerani sekolah sekarang memiliki berbuah-buah rumah dan beberapa kereta mewah antaranya yang baru keluar BMW X5 berharga RM600,000.00. Tempoh mereka berjaya kurang dari 5 tahun. kalau aku kerja lagi 20 tahun pun belum tentu aku mampu nak memiliki kereta yang CDM madon pakai tu. Habih ja seminar hari tu, aku telah berjanji dengan diri aku, bahawa aku akan melakukan perniagaan ini bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib aku. tugas mendidik anak bangsa tetap akan kuteruskan disamping perniagaan yang hebat ini. Bayangkan semua orang oleh mendapat RM10,000.00 sebulan hanya dalam tempoh setahun. Semoga aku berjaya dengan bisnes ini dan semua hajat aku tertunai. Amin ya rabbal a'lamin.

Ahad, 30 November 2008

SIBUK

Walaupun telah sibuk dengan tugas-tugas peperiksaan, ada lagi tugas sampingan yang perlu dilaksanakan. Ada dua projek besar menanti dengan tanggungjawab yang juga besar iaitu bengkel ijazah baru dan audit. Pertengahan bulan 12 nanti, ada bengkel untuk ijazah baru. Semua pensyarah dimestikan untuk menyediakan/merombak silibus yang telah dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat yang lalu. silibus-silibus tersebut akan dibengkelkan untuk kali pertama bersama-sama dengan peserta dari shah alam. Sudah pastilah banyak yang akan berlaku sewaktu bengkel tersebut dan akan ada lagi bengkel yang seumpamanya selepas ini sebagai lanjutan daripada bengkel tersebut sehinggalah semua berpuashati dengan kandungan silibus tersebut. Proses selepas itu, submit ke senat dan diluluskan kemudian submit ke MOHE untuk dinilai dan diluluskan. Memang sibuk. Projek kedua yang tak kurang pentingnya ialah audit. Ada dua jeni audit iaitu audit OBE dan audit kualiti. Lesen ISO akan tamat pada bulan januari 2009. So, urusan pembaharuan sijil akan dijalankan bermula pertengahan bulan 12 ni jugak sampailah audit luar datang mengaudit. Memang sibuk sebab semua prosedur terpaksa disemak semula untuk memastikan semua rekod disimpan dan boleh diakses. Kalau audit kali ni gagal, maka tak taulah apa tuan pengarah nak mengamuk. Yang paling teruk nak kena menjawab ialah ketua kualiti dan audit dalam. Semoga semua sukses dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan.

EXAM NOV. 2008

Salam. Dah 2 minggu rasanya tak posting apapun ke blog ini. Sibuk dengan tugas hakiki di kampus ditambah lagi dengan bebanan kerja yang tak habis-habis. Lepas satu habis, yang lain datang pulak. walaupun sekarang semua pelajar bercuti semester, tenaga pengajar bertambah kerja. Bermula dengan marking paper untuk subjek yang diajar pada 12/11/08 yang lalu sampailah mesyuarat validasi pada 26/11/08 yang lalu, boleh dikatakan semua kerja tertumpu kepada keputusan peperiksaan. Tiap kali hujung semester inilah kerja yang dilakukan. Dah jadi rutin. Bila masuk mesyuarat ada yang nak dinaikkan markah, ada yang nak diluluskan, ada yang nak di dean listkan, ada yang nak diberhentikan dan sebagainya. Kadang-kadang akupun tak faham kenapa perlu melakukan semua tu, sedangkan dah keluar keputusan, sepatutnya tak payahlah buat apa-apa. Biarlah dengan keputusan tersebut. Itu yang sepatutnya diaorang dapat, buat apa nak dibantu lagi. Tak cukupkah mereka dibantu selama 1 semester @ 4 bulan dalam kelas. Apapun itu keputusan mesyuarat, dan itulah rutinnya setiap semester. Pelajar hanya akan dapat keputusan mereka pertengahan bulan 12 nanti.

Khamis, 13 November 2008

EXAM

Salam. Paper aku dah masuk hari ni. Mula la sibuk memarking skrip jawapan. Kena ikut stail obe. Baru marking 1/8 daripada 84 orang student. Macam-macam jawapan. Yang paling sakit hati apabila diaorang tak boleh jawab soalan-soalan yang aku rasa dah bagi hint dua tiga kali dalam kelas. Dalam test pun aku tanya jugak soalan tu. Memang mangkuk hayun betul la budak-budak ni.

Ahad, 9 November 2008

ZOO TAIPING



Salam. Hari ini sempena birthday aku dengan isteri aku, kami pergi ke zoo taiping. Punyalah happy hasan dengan hussien dapat tengok binatang-binatang yang selama ini diaorang tengok kat buku dengan tv je. 2 jam ronda-ronda kat dalam zoo tu. Hari ni habis zoo tu kami ronda naik 'keretapi' zoo. Yang tak syoknya, bermula 1 november harga tiket dah naik. Dewasa RM12, kanak-kanak atas 3 tahun RM8. Tiada lagi caj untuk kamera dan 'keretapi' zoo. Semua dah termasuk dalam harga tiket yang baru. Pukul 2 petang baru bertolak balik dari taiping. Singgah sembahyang dengan makan dekat R&R Gunung Semanggol. Jumpa Hj. Farid kat situ. Dia dalam perjalanan balik dari KL. Habis makan kami pon bertolak balik ke rumah. Sampai rumah pukul 4 petang. Anak-anak tidur. Apapun hari ini telah dihabiskan bersama keluarga tercinta. Muah.......

Jumaat, 7 November 2008

KURSUS

Salam. walaupun rasa seram-seram sejuk aku hadir juga kursus obe pagi ni. Kursus ini sebenarnya taklimat beserta bengkel macam mana nak melakukan pengukuran terhadap semua ujian, assignment, report dan final exam. Sessi pagi taklimat oleh hafeez dan juga che khairil. sessi petang berulah berbengkel. Banyak juga persoalan dan pendapat berkenaan dengan pengukuran ni. Kadang-kadang keliru juga bila tengok terlalu banyak benda nak kena isi. Tapi akhirnya boleh siap juga. Fahamlah sikit-sikit macam mana nak melakukan pengukuran ni. Secara rasminya aku pun dipilih untuk menyiapkan pengukuran mengikut kaedah obe ini untuk final exam ecg103 untuk di hantar dan dibentangkan di shah alam pada 6/12/08. Makan tengahari dengan petang layan juga. Bihun sup. Hafeez tambah sampai 3 pinggan.

TRAINING

Salam. semalam aku demam. hari ni pun tak berapa sihat lagi. ini semua gara-gara training 3 hari berturut-turut dari pagi sampai petang. hari ni ada kursus pulak, pagi sampai petang juga. aku ingat nak amik mc ari ni coz tak larat sgt.

Rabu, 29 Oktober 2008

Program

Salam. Yesterday until today i was attending a short course on personal empowerment and mind mapping. Very good course to improve our self skills and managing our knowledge and marketing ourself to the outside. The course was conducted by mr. perez @ fairuz from .......... (i forget the company name)in a enjoyable manner. Hopefully by attending this course, i can improve my skills on managing myself properly.

Ahad, 19 Oktober 2008

HARI INI

Salam. aku nak kluar p jalan-jalan hari raya. p umah kawan kat bertam.

Sabtu, 18 Oktober 2008

MAJLIS SAMBUTAN IDULFITRI

Salam. Kelmarin (17/10/08) telah diadakan majlis idulfitri di fakulti. ramai yang hadir. ada lemang, ketupat, rendang, laksa penang, laksa sarawak, nasi ayam, sate dan buah-buahan. nampak macam tak habis, at last dalam pukul 5 semua licin. tunggu basuh bekas saja. melantak sungguh sampai nak pecah perut. semalam apalagi tidur awal la aku. pukul 9 dah tidoq. letih beb.............

Isnin, 13 Oktober 2008

Politik sikit

Najib terus menjadi calon tunggal yang mendapat pencalonan untuk jawatan presiden UMNO. Mukhriz dilihat akan meneruskan legasi pemerintahan bapanya dengan terus mendahului pencalonan untuk ketua pemuda, manakala khairy masih terkial-kial untuk mencukupkan kuota pencalonan. Hishamuddin masih terus mendapat sokongan tertinggi untuk jawatan naib presiden diikuti shafie afdal dan khaled nordin. Apapun pertandingan UMNO mac ini tentunya sengit untuk merebut jawatan utama parti. Tetapi selagi UMNO tidak melakukan perubahan kepada dasar-dasarnya yang korup berkemungkinan pakatan rakyat akan membentuk kerajaan hujung tahun ini.

LANGKAWI

TERENGGANU 2008

Aktiviti Hari ini

Salam. Hari ni pergi kerja macam biasa. Siapkan aku punya research report. Ada dua chapter lagi nak disiapkan. Macam pening ja nak menyusun semua maklumat yang ada. InsyaAllah aku kena siapkan dalam minggu ni jugak coz partner aku semua dah nak blah. Anas dah p New Zealand. Hj ngan Chow nak tinggalkan uitm pertengahan bulan 11 ni. So, nak tak nak aku kena siapkan jugak bulan ni supaya depa boleh review sebelum aku hantaq.

HARI RAYA 2008

HARI RAYA 2008

Photobucket Album

Ahad, 12 Oktober 2008

HARI RAYA 2008

Gambar keluarga hari raya yang lalu kat kampung. Muka orang tak sihat barisan belakang 2 dari kiri, yang pakai kopiah putih tu. Mula dari kiri tu wife aku, aku, pak mentua, mak mentua, biras yang sulung, abg ipar yang sulung, biras no.2, abg ipar no.2, anak aku hasan, anak sedara along, ammar, ank aku yang sulung hussien, anak sedara hamzah, awatif, angah, dan aisyah. Best jugak beraya ari tu cuma aku yang poyo sebab demam. Tapi sehari jugak beraya, malam start demam balik.  

Assalamualaikum............

Malam ni (12/10/2008) merupakan malam yang bersejarah kerana aku memulakan penulisan pertama di dalam blog ku ini. InsyaAllah blog ini akan menjadi suara rasmi aku tak kiralah apapun jenis tulisan berkenaan politik, ekonomi, sosial, budaya, seni, pendidikan, fesyen dan sebagainya. Segala catatan dan pendapat yang aku akan tulis didalam blog ini merupakan hak milik aku dan aku akan bertanggungjawab sepenuhnya. Wassalam