Jumaat, 20 Februari 2009

BABY

alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang ke 38 bagi annur fathimah azzahra merasa udara dunia. semoga dia terus sihat dan dimurahkan rezeki oleh Allah yang Maha Kuasa.  

SALAM

Salam. Fuh, sibuk gila seminggu ni. Dengan macam-macam nak disipkan dan semua nak adhock. Jangankan nak updated blog, email pun tak sempat nak baca. Hanya email rasmi saja yang baca hari-hari, takut terlepas arahan/program tertentu. Apapun itulah adat bekerja dengan orang, sampai bila-bila pun kerja tak pernah habis. 

Ahad, 1 Februari 2009

ORANG BARU

Salam. Hampir 3 minggu tak update blog dengan kesibukan kerja dengan masa yang tak pernah cukup. Bermula dari 6 Januari sampailah hari ni masa sentiasa penuh dengan kerja-kerja yang tak pernah habis. Alhamdulillah, mujahidah yang ditunggu telah selamat lahir ke dunia pada jam 12.45 tengahari 14 januari yang lalu. Seminggu sebelum tu dah mula sibuk mengusung isteri ke sana ke mari minta air selusuh, minyak selusuh untuk dimudahkan bersalin. Turun tanda pada petang 13 januari bersalin pada 14 januari. Hampir satu hari bermukim di hospital jitra dan alor setar dalam menanti kelahiran cahayahati baru. 15 Januari dah boleh keluar wad sebab anak dah ok. 17 januari masuk wad balik sebab kena kuning (jaundis). Stay kat hospital 2 hari dan baru boleh keluar. Alhamdulillah sampai hari ni dah tak dak kuning. Mula 21 Januari muhammad hasan muntah-muntah dan cirit-birit. pergi ambil ubat pun tak mau baik jugak. Jumaat 23 januari along pula kena penyakit yang sama. Pening kepala mula datang sebab tak cukup tidur. Mana nak uruskan baby lagi ditambah dengan 2 anak yang dapat penyakit ntah hapa-hapa. Bawa pergi KMC doktor kata keracunan. Kalau tak lega jugak memang kena tahan wad. alhamdulillah masuk hari yang keenam dah ok. so kerja kat pejabat pun bertimbun sebab cuti hampir 10 hari. aku macam dah lost apa yang perlu aku buat sebab terlalu banyak benda nak kena settle. Sampai hari ni nampak macam ok sikit dan baru mula nak update blog balik. Blog orang lain memang tak sempat nak baca, sumber berita selama tiga minggu ni hanyalah pada buletin utama tv3. Tidur masih tak cukup sebab anak yang kecik tu suka meragam malam (kembong perut). Selalunya start pukul 10 sampailah pukul 2 pagi. Purata 4 jam setiap hari bergilir-gilir dengan ummi tuam anak. alhamdullillah, buah hati yang ketiga ni perempuan dan diberi nama Annur Fathimah Azzahra binti Muhammad Sofian. Semoga dia menjadi anak yang solehah dan dimurahkan rezeki oleh Allah. amin ya rabbal a'lamin.