Ahad, 30 November 2008

SIBUK

Walaupun telah sibuk dengan tugas-tugas peperiksaan, ada lagi tugas sampingan yang perlu dilaksanakan. Ada dua projek besar menanti dengan tanggungjawab yang juga besar iaitu bengkel ijazah baru dan audit. Pertengahan bulan 12 nanti, ada bengkel untuk ijazah baru. Semua pensyarah dimestikan untuk menyediakan/merombak silibus yang telah dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat yang lalu. silibus-silibus tersebut akan dibengkelkan untuk kali pertama bersama-sama dengan peserta dari shah alam. Sudah pastilah banyak yang akan berlaku sewaktu bengkel tersebut dan akan ada lagi bengkel yang seumpamanya selepas ini sebagai lanjutan daripada bengkel tersebut sehinggalah semua berpuashati dengan kandungan silibus tersebut. Proses selepas itu, submit ke senat dan diluluskan kemudian submit ke MOHE untuk dinilai dan diluluskan. Memang sibuk. Projek kedua yang tak kurang pentingnya ialah audit. Ada dua jeni audit iaitu audit OBE dan audit kualiti. Lesen ISO akan tamat pada bulan januari 2009. So, urusan pembaharuan sijil akan dijalankan bermula pertengahan bulan 12 ni jugak sampailah audit luar datang mengaudit. Memang sibuk sebab semua prosedur terpaksa disemak semula untuk memastikan semua rekod disimpan dan boleh diakses. Kalau audit kali ni gagal, maka tak taulah apa tuan pengarah nak mengamuk. Yang paling teruk nak kena menjawab ialah ketua kualiti dan audit dalam. Semoga semua sukses dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan.

EXAM NOV. 2008

Salam. Dah 2 minggu rasanya tak posting apapun ke blog ini. Sibuk dengan tugas hakiki di kampus ditambah lagi dengan bebanan kerja yang tak habis-habis. Lepas satu habis, yang lain datang pulak. walaupun sekarang semua pelajar bercuti semester, tenaga pengajar bertambah kerja. Bermula dengan marking paper untuk subjek yang diajar pada 12/11/08 yang lalu sampailah mesyuarat validasi pada 26/11/08 yang lalu, boleh dikatakan semua kerja tertumpu kepada keputusan peperiksaan. Tiap kali hujung semester inilah kerja yang dilakukan. Dah jadi rutin. Bila masuk mesyuarat ada yang nak dinaikkan markah, ada yang nak diluluskan, ada yang nak di dean listkan, ada yang nak diberhentikan dan sebagainya. Kadang-kadang akupun tak faham kenapa perlu melakukan semua tu, sedangkan dah keluar keputusan, sepatutnya tak payahlah buat apa-apa. Biarlah dengan keputusan tersebut. Itu yang sepatutnya diaorang dapat, buat apa nak dibantu lagi. Tak cukupkah mereka dibantu selama 1 semester @ 4 bulan dalam kelas. Apapun itu keputusan mesyuarat, dan itulah rutinnya setiap semester. Pelajar hanya akan dapat keputusan mereka pertengahan bulan 12 nanti.

Khamis, 13 November 2008

EXAM

Salam. Paper aku dah masuk hari ni. Mula la sibuk memarking skrip jawapan. Kena ikut stail obe. Baru marking 1/8 daripada 84 orang student. Macam-macam jawapan. Yang paling sakit hati apabila diaorang tak boleh jawab soalan-soalan yang aku rasa dah bagi hint dua tiga kali dalam kelas. Dalam test pun aku tanya jugak soalan tu. Memang mangkuk hayun betul la budak-budak ni.

Ahad, 9 November 2008

ZOO TAIPING



Salam. Hari ini sempena birthday aku dengan isteri aku, kami pergi ke zoo taiping. Punyalah happy hasan dengan hussien dapat tengok binatang-binatang yang selama ini diaorang tengok kat buku dengan tv je. 2 jam ronda-ronda kat dalam zoo tu. Hari ni habis zoo tu kami ronda naik 'keretapi' zoo. Yang tak syoknya, bermula 1 november harga tiket dah naik. Dewasa RM12, kanak-kanak atas 3 tahun RM8. Tiada lagi caj untuk kamera dan 'keretapi' zoo. Semua dah termasuk dalam harga tiket yang baru. Pukul 2 petang baru bertolak balik dari taiping. Singgah sembahyang dengan makan dekat R&R Gunung Semanggol. Jumpa Hj. Farid kat situ. Dia dalam perjalanan balik dari KL. Habis makan kami pon bertolak balik ke rumah. Sampai rumah pukul 4 petang. Anak-anak tidur. Apapun hari ini telah dihabiskan bersama keluarga tercinta. Muah.......

Jumaat, 7 November 2008

KURSUS

Salam. walaupun rasa seram-seram sejuk aku hadir juga kursus obe pagi ni. Kursus ini sebenarnya taklimat beserta bengkel macam mana nak melakukan pengukuran terhadap semua ujian, assignment, report dan final exam. Sessi pagi taklimat oleh hafeez dan juga che khairil. sessi petang berulah berbengkel. Banyak juga persoalan dan pendapat berkenaan dengan pengukuran ni. Kadang-kadang keliru juga bila tengok terlalu banyak benda nak kena isi. Tapi akhirnya boleh siap juga. Fahamlah sikit-sikit macam mana nak melakukan pengukuran ni. Secara rasminya aku pun dipilih untuk menyiapkan pengukuran mengikut kaedah obe ini untuk final exam ecg103 untuk di hantar dan dibentangkan di shah alam pada 6/12/08. Makan tengahari dengan petang layan juga. Bihun sup. Hafeez tambah sampai 3 pinggan.

TRAINING

Salam. semalam aku demam. hari ni pun tak berapa sihat lagi. ini semua gara-gara training 3 hari berturut-turut dari pagi sampai petang. hari ni ada kursus pulak, pagi sampai petang juga. aku ingat nak amik mc ari ni coz tak larat sgt.