Rabu, 22 September 2010

SEMBANG GAHARU LEPAS RAYA

Alhamdulillah, rasanya masih belum terlambat untuk menukilkan 'selamat hari raya, maaf zahir dan batin' kepada yang membaca blog ini. Cuti hari raya hampir 10 hari dan banyak perkara berkenaan gaharu dan walit yang disembangkan sepanjang cuti tersebut. Sejak blog ini diberi nafas baru sudah ada yang memberi perhatian berkenaan isinya iaitu gaharu dan walit. Ramai yang berminat untuk menanam pokok gaharu dan ada juga yang berminat nak membina rumah burung walit. Kepada yang bertanya berkenaan gaharu sekali lagi nak diberitahu bahawa harga SEPOKOK anak gaharu ialah RM5. (rujuk posting sebelum ini). Kalau tak mampu nak tanam seribu pokok, mulakan dengan ratusan pokok sebagai contoh 500 pokok dahulu untuk memangkinkan semangat ke arah industri gaharu. Kalau kita berminat jangan jadikan alasan 'duit tak cukup' untuk menghalang cita-cita kita ke arah industri gaharu. Akhbar berita harian 2 minggu lepas melaporkan hasrat kerajaan malaysia untuk menjadikan industri gaharu sebagai industri penyumbang kepada pendapatan negara dalam tempoh 6 tahun akan datang perlu dipandang serius oleh mereka yang berminat dengan industri ini. Masih belum terlambat untuk mereka yang berminat untuk memulakan penanaman gaharu. Kami sedia berkongsi dengan anda ilmu yang kami ada untuk merealisasikan cita-cita tersebut.

Berkenaan dengan rumah burung walit pula sudah ada yang berminat untuk membinanya. Jangan jadikan 'kos yang mahal' sebagai alasan yang menghalang anda dari memiliki sebuah rumah burung walit yang mampu menjana pendapatan anda 3 tahun dari sekarang. Kami sedia membantu anda untuk membina dan membekalkan peralatan audio rumah burung walit bagi yang berminat. Rujuk posting berkenaan revolusi pembinaan rumah burung walit dalam posting yang terdahulu. Hanya bermodalkan RM 55,000 (pinjaman sehingga RM30K disediakan oleh AGROBANK) kami bersedia merealisasikan impian anda. Usaha dan tawakkal kunci kepada segala kejayaan.