Selasa, 20 Julai 2010

REVOLUSI DALAM INDUSTRI PEMBINAAN RUMAH BURUNG WALIT

Salam. Bercakap tentang burung walit semua orang minat. Dan soalan yang acapkali ditanya berapakah kosnya? Dan sekali lagi apabila mendengar tentang kosnya yang menjangkau ratusan ribu ringgit, semua orang terkedu dan mati angan-angan untuk memiliki sebuah rumah burung walit. Itu dulu. Sekarang dengan teknologi yang semakin maju dan percambahan minda yang semakin berkembang, kami berfikir bagaimana hendak 'meringankan' bebanan orang-orang yang berminat hendak memiliki sebuah rumah burung dengan modal yang berpatutan. Alhamdulillah, pada hari ini kami ingin mengumumkan bahawa semua orang khususnya bumiputera melayu yang berminat dalam industri ini boleh memiliki rumah burung dengan pelaburan seminima RM 55,000.00 ringgit. Dan sekali lagi alhamdulillah, AGROBANK atau dulunya bank pertanian menyediakan pinjaman sehingga RM 30,000.00 ringgit bagi mereka yang berhasrat memiliki rumah burung. Nah, tunggu apa lagi dengan peluang yang terhidang didepan mata, milikilah rumah burung walit anda sendiri yang berpotensi menjana ribuan ringgit sebulan tanpa perlu lagi mengeluarkan modal untuk jangka panjang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelaburan yang menguntungkan ini, sila email kepada saya di alamat msofian78@yahoo.com atau tinggalkan mesej di bahagian komen catatan ini. Layari juga http://hjbardrumahburungwalit.blogspot.com/

Isnin, 19 Julai 2010

PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN

Salam. Nama blog pun dah berubah (Gaharu Walit) so kenalah cerita pasai gaharu ngan walit. Bila bercerita pasai gaharu ngan walit ni macam bersemangat sikit, lebih dari semangat nak buat Phd. So, sekarang kita nak cerita pasai gaharu. Gaharu ni sebenarnya sejenis resin ataupun minyak yang dikeluarkan oleh 25 jenis pokok dari 3 jenis keturunan iaitu Depu (acqualaria), Teja dan Medang. Minyak gaharu atau resin ini hanyalah dikeluarkan oleh pokok yang sakit atau 'disakiti'. So, pokok yang famous sekarang ni yang dikatakan mengeluarkan resin yang banyak adalah dari keturunan aqularia (depu). Resin ini amat bernilai tinggi di pasaran dan ia digunakan dalam proses pembuatan minyak wangi. Pak-pak dan mak-mak arab amat berminat dengan dengan resin daripada depu ini. Ada satu lagi yang paling bernilai daripada resin ini ialah ianya jika dibiarkan (mungkin sehingga 20 tahun) boleh mengeras (sepeti kematu) yang kita panggil sebagai teras. Teras ini lagilah mahal sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk SATU kilogram. So, sekarang ni projek penanaman depu semakin mendapat tempat dikalangan petani moden yang boleh menghasilkan pulangan mencecah ratusan ribu ringgit untuk setiap relong dalam tempoh 7 tahun. Apa yang nak disebut disini ialah, penanaman gaharu amat menguntungkan untuk jangka masa yang panjang (sebenarnya tidaklah terlalu panjang). Secara ringkasnya projek penanaman gaharu ini tidaklah memakan modal yang terlalu tinggi jika kita mempunyai tanah sendiri. Walaubagaimanapun jika kita tidak mempunyai tanah tetapi berminat bolehlah menghubungi kami di email ini msofian78@gmail.com untuk keterangan lanjut ataupun tinggalkan mesej pada catatan ini.

Kos penanaman gaharu

1. Anak pokok termasuk upah tanam (RM 10 / pokok)
1000 pokok serelung x RM 10 = RM 10,000.00
2. Upah jaga termasuk sulam anak pokok (RM 500 / sebulan)
RM 500 x 5 tahun x 12 bulan = RM 30,000.00
3. Kos inolkulan (RM 200 / pokok)
100 pokok selepas 4 tahun x RM 200 = RM 20,000.00
100 pokok selepas 5 tahun x RM 200 = RM 20,000.00
100 pokok untuk tahun yang seterusnya
JUMLAH RM 80,000.00


Hasil / pendapatan

1. Selepas 5 tahun 100 pokok akan dituai dengan jangkaan RM 800 / pokok
RM 800 x 100 = RM 80,000.00
2. Selepas 6 tahun 100 pokok lagi akan dituai dengan jangkaan RM 800 / pokok
RM 800 x 100 = RM 80,000.00
3. Begitulah seterusnya..........

NOTA 1: Hasil tuaian yang tahun yang pertama sebahagiannya akan digunakan untuk inokulasi pokok yang seterusnya dan tanam semula pokok yang telah dituai.

NOTA 2: selepas tahun yang ke 6, pelaburan yang dilabur dapat kembali bersama untung yang berlipat kali ganda.

NOTA 3: Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan. Tawakkal dan berdoa kepada Allah kunci kepada segala kejayaan

Edit

Salam. Hari ni try upload gambaq through picasa and link to the blog. Menakjubkan, gambar-gambar dari picasa boleh dilink secara terus ke blog dan boleh dilihat dari blog. Barulah semangat nak update blog...:)

Jumaat, 16 Julai 2010

Update

salam. blog ini berwajah baru dengan bantuan mr. hafeez. Credit to mr. hafeez kerana sudi share ilmu mengupdate blog ini.