Isnin, 19 Julai 2010

PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN

Salam. Nama blog pun dah berubah (Gaharu Walit) so kenalah cerita pasai gaharu ngan walit. Bila bercerita pasai gaharu ngan walit ni macam bersemangat sikit, lebih dari semangat nak buat Phd. So, sekarang kita nak cerita pasai gaharu. Gaharu ni sebenarnya sejenis resin ataupun minyak yang dikeluarkan oleh 25 jenis pokok dari 3 jenis keturunan iaitu Depu (acqualaria), Teja dan Medang. Minyak gaharu atau resin ini hanyalah dikeluarkan oleh pokok yang sakit atau 'disakiti'. So, pokok yang famous sekarang ni yang dikatakan mengeluarkan resin yang banyak adalah dari keturunan aqularia (depu). Resin ini amat bernilai tinggi di pasaran dan ia digunakan dalam proses pembuatan minyak wangi. Pak-pak dan mak-mak arab amat berminat dengan dengan resin daripada depu ini. Ada satu lagi yang paling bernilai daripada resin ini ialah ianya jika dibiarkan (mungkin sehingga 20 tahun) boleh mengeras (sepeti kematu) yang kita panggil sebagai teras. Teras ini lagilah mahal sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk SATU kilogram. So, sekarang ni projek penanaman depu semakin mendapat tempat dikalangan petani moden yang boleh menghasilkan pulangan mencecah ratusan ribu ringgit untuk setiap relong dalam tempoh 7 tahun. Apa yang nak disebut disini ialah, penanaman gaharu amat menguntungkan untuk jangka masa yang panjang (sebenarnya tidaklah terlalu panjang). Secara ringkasnya projek penanaman gaharu ini tidaklah memakan modal yang terlalu tinggi jika kita mempunyai tanah sendiri. Walaubagaimanapun jika kita tidak mempunyai tanah tetapi berminat bolehlah menghubungi kami di email ini msofian78@gmail.com untuk keterangan lanjut ataupun tinggalkan mesej pada catatan ini.

Kos penanaman gaharu

1. Anak pokok termasuk upah tanam (RM 10 / pokok)
1000 pokok serelung x RM 10 = RM 10,000.00
2. Upah jaga termasuk sulam anak pokok (RM 500 / sebulan)
RM 500 x 5 tahun x 12 bulan = RM 30,000.00
3. Kos inolkulan (RM 200 / pokok)
100 pokok selepas 4 tahun x RM 200 = RM 20,000.00
100 pokok selepas 5 tahun x RM 200 = RM 20,000.00
100 pokok untuk tahun yang seterusnya
JUMLAH RM 80,000.00


Hasil / pendapatan

1. Selepas 5 tahun 100 pokok akan dituai dengan jangkaan RM 800 / pokok
RM 800 x 100 = RM 80,000.00
2. Selepas 6 tahun 100 pokok lagi akan dituai dengan jangkaan RM 800 / pokok
RM 800 x 100 = RM 80,000.00
3. Begitulah seterusnya..........

NOTA 1: Hasil tuaian yang tahun yang pertama sebahagiannya akan digunakan untuk inokulasi pokok yang seterusnya dan tanam semula pokok yang telah dituai.

NOTA 2: selepas tahun yang ke 6, pelaburan yang dilabur dapat kembali bersama untung yang berlipat kali ganda.

NOTA 3: Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan. Tawakkal dan berdoa kepada Allah kunci kepada segala kejayaan

Tiada ulasan: