Ahad, 30 November 2008

EXAM NOV. 2008

Salam. Dah 2 minggu rasanya tak posting apapun ke blog ini. Sibuk dengan tugas hakiki di kampus ditambah lagi dengan bebanan kerja yang tak habis-habis. Lepas satu habis, yang lain datang pulak. walaupun sekarang semua pelajar bercuti semester, tenaga pengajar bertambah kerja. Bermula dengan marking paper untuk subjek yang diajar pada 12/11/08 yang lalu sampailah mesyuarat validasi pada 26/11/08 yang lalu, boleh dikatakan semua kerja tertumpu kepada keputusan peperiksaan. Tiap kali hujung semester inilah kerja yang dilakukan. Dah jadi rutin. Bila masuk mesyuarat ada yang nak dinaikkan markah, ada yang nak diluluskan, ada yang nak di dean listkan, ada yang nak diberhentikan dan sebagainya. Kadang-kadang akupun tak faham kenapa perlu melakukan semua tu, sedangkan dah keluar keputusan, sepatutnya tak payahlah buat apa-apa. Biarlah dengan keputusan tersebut. Itu yang sepatutnya diaorang dapat, buat apa nak dibantu lagi. Tak cukupkah mereka dibantu selama 1 semester @ 4 bulan dalam kelas. Apapun itu keputusan mesyuarat, dan itulah rutinnya setiap semester. Pelajar hanya akan dapat keputusan mereka pertengahan bulan 12 nanti.

Tiada ulasan: