Ahad, 30 November 2008

SIBUK

Walaupun telah sibuk dengan tugas-tugas peperiksaan, ada lagi tugas sampingan yang perlu dilaksanakan. Ada dua projek besar menanti dengan tanggungjawab yang juga besar iaitu bengkel ijazah baru dan audit. Pertengahan bulan 12 nanti, ada bengkel untuk ijazah baru. Semua pensyarah dimestikan untuk menyediakan/merombak silibus yang telah dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat yang lalu. silibus-silibus tersebut akan dibengkelkan untuk kali pertama bersama-sama dengan peserta dari shah alam. Sudah pastilah banyak yang akan berlaku sewaktu bengkel tersebut dan akan ada lagi bengkel yang seumpamanya selepas ini sebagai lanjutan daripada bengkel tersebut sehinggalah semua berpuashati dengan kandungan silibus tersebut. Proses selepas itu, submit ke senat dan diluluskan kemudian submit ke MOHE untuk dinilai dan diluluskan. Memang sibuk. Projek kedua yang tak kurang pentingnya ialah audit. Ada dua jeni audit iaitu audit OBE dan audit kualiti. Lesen ISO akan tamat pada bulan januari 2009. So, urusan pembaharuan sijil akan dijalankan bermula pertengahan bulan 12 ni jugak sampailah audit luar datang mengaudit. Memang sibuk sebab semua prosedur terpaksa disemak semula untuk memastikan semua rekod disimpan dan boleh diakses. Kalau audit kali ni gagal, maka tak taulah apa tuan pengarah nak mengamuk. Yang paling teruk nak kena menjawab ialah ketua kualiti dan audit dalam. Semoga semua sukses dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan.

Tiada ulasan: