Blog ini adalah catatan peribadi mengenai walit dan juga gaharu
Isnin, 1 Disember 2008
BISNES
Dalam kesibukan menguruskan pelbagai aktiviti kampus, dapat juga aku menghadirkan diri ke seminar perniagaan yang dianjurkan oleh Hai-o Marketing Sdn. Bhd.yang diadakan di dewan muadzam shah, KUIN, Alor setar Kedah pada 29/11/08 (sabtu). Bila duduk dengan orang yang berjaya dalam perniagaan ni maka banyaklah benda baru yang kita perolehi. Antaranya ialah bagaimana mereka berjaya dan jangkamasa untuk berjaya. Kebanyakan yang hadir untuk menceritakan kejayaan mereka bersama Hai-o marketing ni hadir dengan kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit. apa yang aku dapat dalam seminar tersebut ialah, semua orang boleh berjaya dalam perniagaan asalkan semangat kita kuat dan azam kita tinggi. Ini dibuktikan oleh CDM Madon yang asalnya seorang kerani sekolah sekarang memiliki berbuah-buah rumah dan beberapa kereta mewah antaranya yang baru keluar BMW X5 berharga RM600,000.00. Tempoh mereka berjaya kurang dari 5 tahun. kalau aku kerja lagi 20 tahun pun belum tentu aku mampu nak memiliki kereta yang CDM madon pakai tu. Habih ja seminar hari tu, aku telah berjanji dengan diri aku, bahawa aku akan melakukan perniagaan ini bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib aku. tugas mendidik anak bangsa tetap akan kuteruskan disamping perniagaan yang hebat ini. Bayangkan semua orang oleh mendapat RM10,000.00 sebulan hanya dalam tempoh setahun. Semoga aku berjaya dengan bisnes ini dan semua hajat aku tertunai. Amin ya rabbal a'lamin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan