Blog ini adalah catatan peribadi mengenai walit dan juga gaharu
Sabtu, 13 Disember 2008
ICSTIE08
Salam. Baru habis bentang paper kat ICSTIE. Ramai juga orang, tapi kurang dari 10. Dapatlah berkenalan dengan pak-pak Arab daripada Uzbekistan ngan Libya. Yang lain tu semuanya tempatan. Ada dari UTM, UPM, UiTM dan sebagainya. Tujuan conference ni pun just to get a new idea from others and see how they conduct their presentation. Dapatlah juga ilmu baru, cuma yang kurangnnya tak banyak geotechnical paper yang dihantar untuk ICSTIE ni. Mungkin kurang popular kot. Yang banyak berkenaan structure and water. Itupun daripada UiTM dan UTM. Apapun ini kali kedua aku bentang dalam conference yang sama. Yang pertama tahun 2006. Tak dak duit nak pergi conference jauh-jauh. Maybe next year kena plan betul-betul. Apapun report aku kena bagi siap dulu kalau tidak pusing kepala.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan