Isnin, 29 Disember 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1430

Salam. Selamat Tahun Baru hijriah 1430 kepada seluruh umat islam. Semalam sempat sent message kepada 2-3 orang kenalan sempena tahun baru hijriah. Disaat kita merayakan sambutan tahun baru hjriah, sahabat / saudara seagama kita di bumi umat islam Palestin kini diserang bertalu-talu oleh rejim ganas zionis. Kita disini hanya mampu melihat, mendengar melalui berita akan kekejaman rezim laknatullah ini tanpa mampu berbuat apapun melainkan hanya berdoa kepada Allah agar dirurunkan tentera ahzab untuk menghancurkan mereka. Mungkin ini satu penghinaan ke atas umat islam keseluruhannya, disaat negara islam lain yang pemimpinnnya islam, kaya dengan pelbagai sumber tidak mampu untukl menghulurkan bantuan hatta makanan kepada umat palestin yang serba kekurangan. Sehingga semalam lebih daripada 200 orang saudara kita syahid. Sehingga semalam juga hanya Iran dan Malaysia mengutuk serangan ke atas bumi palestin. Ke mana perginya negara arab yang lain. Bisukah mereka atau mulut mereka dikunci oleh sekutu rapat zionis iaitu amerika. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah menolong orang yang menolong agamanya. amin ya rabbal a'lamin

Tiada ulasan: