Blog ini adalah catatan peribadi mengenai walit dan juga gaharu
Rabu, 10 Disember 2008
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
Salam. Selamat hari raya aidiladha ataupun hari raya korban. Syukur kepada Allah kita masih lagi sempat merayakan hari yang berbahagia ini dalam keadaan mewah dengan lembu/kambing dan unta korban hampir di semua tempat diseluruh malaysia. Paling kurang pun 1 kampung 1 binatang korban tumbang. Tahun ni 2 orang abang aku buat korban pada hari raya pertama dan kedua, emak buat pada hari raya kedua, keluarga mentua pun hari raya kedua juga. Disebabkan cuti cuma 2 hari, aku terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin untuk meraikan kedua-dua belah pihak, mak dan mentua. Seperti biasa, hari raya pertama di pondok beraya dengan mak dan makan kenduri korban abang aku manakala hari raya kedua di kampung mentua, selesaikan korban disana. Hari ni mula kerja dengan pejabat yang masih kosong kerana kebanyakan orang masih bercuti. Berkenaan dengan ibadah korban ini, selalu diceritakan ialah pengorbanan besar nabi Allah Ibrahim alaihissalam sanggup mengorbankan anaknya Ismail alaihissalam semata-mata kerana perintah Allah. Tatkala menerima mimpi (wahyu) daripada Allah memerintahkan baginda mengorbankan anaknya Ismail, maka tanpa berlengah nabi Allah Ibrahim memberitahu anaknya Ismail a.s berkenaan wahyu tersebut. Lalu nabi Allah Ismail dengan rela hati berkata kepada bapanya Ibrahim jika itulah perintah Allah, maka laksanakanlah. Itulah sejarah pengorbanan yang paling besar yang terecatat dalam sejarah manusia dan diikuti sebagai satu sunnah sehingga ke hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan