Rabu, 10 Disember 2008

SARANG BURUNG

Salam. Sarang burung 'walid' kat kampung dah hampir siap (70% siap). Audio sistem pun dah dipasang. Petang hari raya yang lalu, diaorang dah mula test audio sistem tersebut. Banyak juga burung yang datang dan ada yang masuk ke dalam sarang yang hampir siap tu. Disebabkan tak siap lagi, maka dia pun keluar balik. Ada satu doa yang amat menarik untuk dipraktikkan. "Ya Allah, jika rezekiku dilangit turunkanlah, jika dibumi maka keluarkanlah". Rezeki di langit tu burung walid tu lah kata abang iapar aku yang buat sarang burung tu. Entahlah. Tapi uniknya ciptaan Allah ni, burung walid dan keluarga burung amnya bertugas menjaga langit pada waktu siang, masuk saja waktu maghrib, tugss tersebut akan diambil alih oleh kelawar dan kluang sampailah pagi. Maha suci tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan segala isinya.

Tiada ulasan: